Monday, June 28, 2010

permainan tradisional



Ramai budak-budak zaman sekarang tidak tahu permainan-permainan tradisional kerana ibu bapa mereka tidak memberitahu atau bermain permainan sebegini dengan cahaya mata mereka.Ada pelbagai permainan tradisional seperti gasing,sepak takraw,congkak,wau,guli dan banyak lagi.Permainan yang saya minati adalah sepak takraw kerana ia memerlukan banyak
tenaga dan kemahiran dalam sukan ini.Sukan ini sangat popular di Malaysia,Thailand,Indonesia dan Singapura.Sepak takraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.Saya tertarik dengan lelaman ini.Sila pergi ke lelaman ini.http://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw.Saya pernah mewakili sekolah dalam sukan ini pada tahun 2006.Malang,sekolah saya tersingkir di pusingan awal tetapi kami tidak berputus asa dan mencuba lagi tahun hadapan.Pada tahun 2007,nasib kami baik kerana dapat menempah tempat di peringkat akhir.Kami berasa gh
airah untuk memenangi wang tunai berjumlah $3000.Nasib kami sungguh malang kerana tidak dapat mengharumkan nama sekolah.Walaupun tewas,saya masih meminati sukan ini.Sekarang,apabila cuti sekolah saya
sering bermain sepak takraw dengan kawan kawan saya di bangunan rekreasi.






Peraturan permainan
  • Tidak boleh menggunakan tangan untuk menyepak bola
  • Bola tidak boleh menyentuh badan
  • Boleh menimbang bola tiga kali sahaja
  • Pemain yang akan memulakan permainan harus di dalam bulatan semasa perlawanan bermula.
  • Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.


















Saya meminati congkak kerana ia memerlukan banyak kemahiran dalam permainan ini.Congkak yang dipercayai berasal dari Afrika atau Arab.Dari Timur Tengah,permainan ini tersebar ke Afrika.
Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.Pada zaman
dahulu,golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah,sementara di kalangan rakyat jelata,ia sekadar dimainkan menggorek lubang di dalam tanah.Pada hari ini ,congkak dimainkan di seluruh dunia.Saya tertarik
dengan lelaman ini.Sila pergi ke lelaman,http://ms.wiki
pedia.org/wiki/congkak.Pengalaman saya bermain ketika saya masih
kecil.Masa itu saya kurang pasti bagaimana bermain congkak
tetapi saya pernah melihat saudara saya bermain.





Peraturan permainan

  • Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.


  • Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.


  • Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati


  • Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.


  • Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.







Saya meminati gasing kerana ia memerlukan kemahiran dan kekuatan untuk melempar gasing itu.Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya,sambil mengimbang pada satu titik.Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi.Gasing di
buat daripada kayu berbaru,rambai,merbau,durian,kemuning atau kundang.Sila pergi ke lelaman http://ms.wikipedia.org/wiki/gasing untuk mengetahui lebih lanjut.Saya pernah bermain gasing dengan kawan-kawan di sekolah rendah.Cikgu memberi sebiji gasing kepada setiap pelajar untuk mencubanya.Semasa kami bermain dengannya,kawan rapat saya,Eizzul,tertendang gasing saya lalu termasuk ke dalam longkang yang deras airnya.Saya memberitahu apa yang terjadi pada gasing itu kepada cikgu tetapi Cikgu memaafkan dia kerana tidak sengaja.Eizzul disuruh membayar ganti rugi kepada cikgu.KESIAN......................



Jenis gasing













Peraturan permainan










Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabutdan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meterdililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian,gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

No comments:

Post a Comment