Friday, July 2, 2010

Busana.Pakaian melayu

























Gambar-gambar ini di ambil semasa Hari raya 2008.Melihat gambar-gambar ini,tidak sabar pula menjelang
Hari Raya bersama keluarga dan saudara mara.Gambar yang pertama adalah saya memakai Baju kurung.Baju Kurung merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat.Ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi.Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. , Untuk mengetahui lebih lanjut sila lun


Gambar yang kedua adalah saudara-saudara saya.Lelaki itu,Nazreen,memakai baju kurung dan isterinya memakai Baju kebaya.Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu.Baju kebaya yang asal direka la
buh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung.Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.Untuk mengetahui lebih lanjut sila lungsuri lelaman http://malaysiana.pnm.my/02/02010101mel_kebaya.htm






Baju -Baju Melayu
  1. Baju kurung
  2. Baju cekak musang
  3. Baju telok blangah
  4. kebaya moden
  5. kebaya pendek
  6. kebaya nyonya
  7. Baju kurung moden
  8. Baju kurung Pesak
  9. Kebaya labuh
  10. Baju kebaya


PERHIASAN PAKAIAN PEREMPUAN

Kerongsang yang digunakan semasa memakai baju kebaya labuh atau kebaya pendek sudah terkenal di kalangan orang Melayu, Portugis, Nyonya peranakan dan juga kaum Ceti di Melaka sejak berkurun-kurun yang lalu. Beberapa biji kerongsang dipakai untuk mencantumkan baju mereka supaya tidak terdedah. Kerongsang ini dipakai dalam bentuk set tiga biji yang seragam bentuknya atau berlainan tetapi yang seragam motifnya iaitu dua biji bulat sama besar dan satu lagi kerongsang ibu yang berbentuk hati yang disematkan di bahagian atas sekali.Pada masa sekarang kaum wanita moden, tanpa mengira bangsa, telah mengubahsuai kerongsang lama dan dapat dipakai sebagai satu bahan hiasan yang dipinkan kepada baju moden ataupun dilekatkan di sudut sebelah kiri baju kot. Kerongsang juga adakalanya digunakan oleh pengantin lelaki untuk menghiasi songkoknya.Maklumat ini didapat di http://malaysiana.pnm.my

/02/02010205mel_kerongsang.htm.






Perhiasan Pakaian Lelaki



Samping dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Samping diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar. Bahagian kaki samping dilepas hingga ke lutut atau betis.




Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular dikalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu.Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci.Maklumat ini boleh didapati di lelaman http://malaysiana.pnm.my

/02/02010205mel_songkok.htm.

No comments:

Post a Comment