Wednesday, July 7, 2010

Musik tradisional


ANGKLONG bermula dari Jawa Barat, Indonesia. Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal pencucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.Pada 1908, terdapat pengiriman duta kebudayaan yang menyebarluaskan muzik ini ke Thailand, boleh meluas ke Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura.


Fungsi
Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor.


Macam-macam angklung

  • Angklung Kanekes, muzik khas suku kaum Baduy, Banten
  • Angklung Dogdog Lojor, muzik khas Sukabumi, Jawa Barat
  • Angklung Gubrag, muzik khas Bogor, Jawa Barat
  • Angklung Badeng, muzik khas Garut, Jawa Barat
  • Angklung Buncis, muzik khas Bandung, Jawa Barat


Kegiatan luar darjah saya adalah angklong.Angklong ini senang dimainkan kerana hanya menggoncangkan angklong dan mengikut nota muzik..Terdapat banyak saiz angklong di sekolah
ada yang kecil ada yang besar.Tahun hadapan sekolah saya akan bertanding dalam Festival Pemuda Singapura atau singkatannya SYF.Harap harap boleh menang ......


Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. G
amelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia

Gong berbentuk periuk besar yang berbusut di tengah-tengah diperbuat daripada perunggu. Diatur melintang di atas tali yang direntang pada para-para. Kenong merupakan versi besar daripada gong yang biasanya set-set kecil. Kenong yang kedapatan dalam Joget Gamelan adalah seakan dan tiruan dari Gamelan Jawa Tengah.



Fungsi
Digunakan dalam joget gamelan Pahang, Trengganu dan gamelan Batu Pahat.



Cara Bermain
Dipalu dengan pemalu berbalut dihujungnya. Dimainkan oleh seorang pemain.



Gendang Jawa berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan saiz kedua-dua permukaan yang berbeza. Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing.




Fungsi

Digunakan untuk persembahan kuda kepang.




Cara Bermain

Gendang Jawa di palu dengan kedua belah tangan.




SUARA GAMELAN



KOMPANG

Pengenalan
Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.
Fungsi
Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau
Cara Bermain
Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari.


Saya pernah bermain kompang di hari sukan semasa darjah empat.Semua menyokong pasukan pasukan yang mereka minat.

SEMUA MAKLUMAT INI DIDAPATI DI LELAMAN http://malaysiana.pnm.my/






Muzik keroncong




Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mulai diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesiaterutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak dan sebagainya.

Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangordan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia II, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad.









No comments:

Post a Comment