Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara
berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.
Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Saya pernah memasuki kumpulan dikir barat di kelab masyarakat Hougang.Di sana,saya belajar bagaimana kita mengikut irama sambil menepuk tangan dan ulangi apa yang dicakapi oleh ketua.Pengalaman ini sangat berguna untuk masa kelak.
Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:
- 9 orang penari
- 5 orang pemain muzik
- 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
- 9 - 15 orang penjaga kawasan.
Peralatan permainan kuda kepang terdiri daripada:
- lima buah angklung
- sebuah gendang
- beberapa gong
- sekurang-kurang sembilan kuda
- sebatang pecut
- serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).
No comments:
Post a Comment